
Pkp Covid 19 Posting Pilihan Pkp 3 0 Kpn Iringi Ksn Tinjau Operasi Sjr Di Kontinjen Selangor
Kuala Lumpur, 6 Jun 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani petang tadi mengiringi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali meninjau operasi pematuhan sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan dalam Kontinjen Selangor.
Lokasi SJR yang sempat dilawati oleh KSN dan KPN tadi ialah di Lebuhraya Persekutuan arah ke Shah Alam dan SJR Plaza Tol Sungai Besi arah ke Seremban.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed.
Sumber: Polis Selangor
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN