
Article
Pkp Covid 19 Oppatuh Amaldanpatuh Op Patuh Pkp 3 0 Menteri Dalam Negeri Turun Padang Periksa Tempat Pembinaan Di Sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 23 Julai 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin hari ini turun padang dan memeriksa kawasan pembinaan di sekitar ibu kota dalam...
Kuala Lumpur, 23 Julai 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin hari ini turun padang dan memeriksa kawasan pembinaan di sekitar ibu kota dalam usaha memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan sentiasa dipatuhi.
Dalam operasi yang dijalankan, Dato' Seri Hamzah turut menyarankan agar pihak majikan perlu memastikan pekerja mereka yang mempunyai dokumen sah mendaftar segera untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengekang penularan wabak itu.
Turut hadir mengiringi beliau tadi ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), CP Datuk Mastor Mohd Ariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Mohd Sayuthi Bakar.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN