
Artikel
Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Rokok Seludup Rm7 66 Juta
Mersing, 15 Jun 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas rokok seludup berjumlah RM7.66 juta dalam serbuan di sebuah jeti kawasan Endau, di sini,...
Mersing, 15 Jun 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas rokok seludup berjumlah RM7.66 juta dalam serbuan di sebuah jeti kawasan Endau, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 51 tahun.
Katanya, bertindak atas maklumat berkaitan penyeludupan kontraband, serbuan dijalankan PPM Wilayah Dua Mersing, PPM Wilayah Dua Tampoi bersama Balai Polis Endau, kira-kira jam 6.30 petang hingga 10 malam.
"Modus operandi adalah terdapat satu kapal besar yang ada di perairan antarabangsa dan bot yang juga bot persiaran pelancongan akan pergi ke situ untuk membuat pemindahan.
"Bot ini adalah bot yang kompartmennya sudah diubah suai. Sebelum COVID-19, ia digunakan untuk pelancongan seperti aktiviti menyelam, dipercayai aktif sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu itu, bot berkenaan diubah suai untuk menyeludup kontraband.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN