Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Tindakan Tegas Bawa Kanak Kanak Ke Tempat Berisiko

Published: 01 Jun 2021 4.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba berkata, kertas siasatan terhadap ibu bapa yang berbuat demikian boleh dibuka kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-tindakan-tegas-bawa-kanak-kanak-ke-tempat-berisiko
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:59 MYT

Kuala Lumpur, 1 Jun 2021 - Ibu bapa yang membawa anak berusia kurang 18 tahun ke lokasi yang ada risiko jangkitan COVID-19, termasuk di tempat sesak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Malah, mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), tidak ada peruntukan untuk mengenakan kompaun terhadap ibu bapa yang melakukan kesalahan itu.

Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba berkata, kertas siasatan terhadap ibu bapa yang berbuat demikian boleh dibuka kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, sehingga kini kes COVID-19 membabitkan kanak-kanak ialah sebanyak 82,341 kes dengan kategori paling tinggi ialah mereka yang berusia antara 13 hingga 17 tahun iaitu 27,402 kes.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text that says 'Penularan COVID-19 Tindakan tegas bawa kanak-kanak ke tempat berisiko kenakan tindakan undang-un Kertas siasatan boleh d

ArticlePublished 01 Jun 2021 4.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM