Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Tambah Sjr Di Selangor Kuala Lumpur

Published: 04 Jun 2021 4.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin meminta polis menambah jumlah sekatan jalan raya (SJR) kepada 1,000 berikutan tidak puas hati dengan pertambahan pergerakan kenderaan, khasnya di ibu kota dan Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-tambah-sjr-di-selangor-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:18 MYT
Kuala Lumpur, 5 Jun 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin meminta polis menambah jumlah sekatan jalan raya (SJR) kepada 1,000 berikutan tidak puas hati dengan pertambahan pergerakan kenderaan, khasnya di ibu kota dan Selangor.

"Setakat semalam (kelmarin), ada 887 SJR dan 43 SJR Op Benteng di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan 930. Saya sudah arahkan Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani untuk menambah jumlah SJR terutama di Kuala Lumpur dan Selangor bagi mengehadkan pergerakan kenderaan," katanya, semalam.

Beliau ditemui selepas melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah pusat beli-belah di Bangsar di sini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Tuan Anuar Haji Omar.

Menurut Dato' Seri Hamzah, setakat malam semalam, 86,000 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

"Hasil pemantauan sejak hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, saya dapati masih banyak pergerakan kenderaan terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.
Bacaan lanjut di keratan akhbar Harian Metro seperti di lampiran.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 04 Jun 2021 4.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM