Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Salurkan Aduan Pelanggaran Sop Melalui Hotline Mygcc Di Talian 03 80008000

Diterbitkan: 06 Jun 2021 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Jun 2021 - Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) akan diperhebatkan berikutan isu industri dan premis perniagaan bukan perkhidmatan perlu yang dikesan melanggar larangan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-salurkan-aduan-pelanggaran-sop-melalui-hotline-mygcc-di-talian-03-80008000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:55 MYT

Kuala Lumpur, 6 Jun 2021 - Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) akan diperhebatkan berikutan isu industri dan premis perniagaan bukan perkhidmatan perlu yang dikesan melanggar larangan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media semalam, memaklumkan pihaknya memandang serius isu terbabit.

"Saya mempengerusikan mesyuarat Strategi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 semalam bagi memastikan tindakan oleh agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan.

"Pasukan khas operasi pematuhan akan fokus kepada pematuhan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan," katanya menambah, sehingga 1 Jun lalu, beberapa kementerian sudah mengambil tindakan terhadap kilang dan premis yang melanggar perintah serta arahan PKP.

Justeru, katanya, kerajaan membuka talian hotline untuk orang ramai membuat aduan melalui Malaysian Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-80008000 atau 80008000@mygcc.gov.my atau emel ke aduan.pematuhan@mkn.gov.my.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 06 Jun 2021 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM