Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Ramai Masih Degil Patuh Sop

Diterbitkan: 09 Jun 2021 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 9 Jun 2021 - Walaupun operasi penguatkuasaan dijalankan setiap hari bagi mengekang penularan COVID-19 namun masih ramai individu yang gagal memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal sehingga kompaun terpaksa dikeluarkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-ramai-masih-degil-patuh-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT

Petaling Jaya, 9 Jun 2021 - Walaupun operasi penguatkuasaan dijalankan setiap hari bagi mengekang penularan COVID-19 namun masih ramai individu yang gagal memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal sehingga kompaun terpaksa dikeluarkan.

Itu antara kesalahan dikenal pasti Polis Diraja Malaysia sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa lalu hingga kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Azri Ahmad memberitahu, pihaknya juga mengesan pelbagai kesalahan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, selain itu, terdapat kenderaan yang membawa penumpang berlebihan selain tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan yang ditetapkan.

"Bagi kesalahan tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan melibatkan aktiviti rentas negeri dan daerah atau sebarang pergerakan tanpa kebenaran pihak polis atau dokumen dibenarkan.

"Kompaun turut dikeluarkan terhadap perbadanan atau syarikat yang gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja seperti ditetapkan MKN dan tidak mematuhi waktu perniagaan dengan beroperasi lebih masa," katanya di sini semalam.

Tambah Dato’ Azri, terdapat syarikat yang masih enggan mematuhi arahan serta melakukan lain-lain kesalahan yang tidak tersenarai namun dapat terdedah kepada jangkitan dan penularan COVID-19.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2021 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM