Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan Pastikan Bebas Pandemik

Diterbitkan: 21 Jul 2021 1.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2021 - Dalam usaha memastikan negara bebas daripada pandemik COVID-19, semua petugas barisan hadapan negara, sama ada sektor kesihatan atau keselamatan serta perkhidmatan awam, kekal komited kepada tugas masing-masing, meskipun terpaksa bertugas pada Aidiladha.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan-pastikan-bebas-pandemik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:35 MYT
Kuala Lumpur, 21 Julai 2021 - Dalam usaha memastikan negara bebas daripada pandemik COVID-19, semua petugas barisan hadapan negara, sama ada sektor kesihatan atau keselamatan serta perkhidmatan awam, kekal komited kepada tugas masing-masing, meskipun terpaksa bertugas pada Aidiladha.

Ketika pasukan perubatan bertungkus lumus merawat pesakit yang memerlukan perhatian rapi dalam rawatan di hospital, anggota kesihatan awam gigih memastikan rakyat negara ini terus mendapat vaksinasi mengikut jadual direncanakan di pusat pemberian vaksin (PPV) beroperasi seperti biasa di seluruh negara.

Anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia pula setia berhujan dan berpanas di lokasi penugasan masing-masing, sama ada sekatan jalan raya atau perbatasan, bagi memastikan tiada yang melanggar prosedur operasi standard pencegahan COVID-19 atau menceroboh sempadan negara.

Apa juga tugasan dipertanggungjawab hakikatnya masing-masing berkongsi matlamat sama iaitu mahu melihat negara segera keluar daripada ancaman pandemik yang menyelubungi negara sejak setahun lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text that says 'POLIS Anggota dan tentera menjalankar pada sekatan jalan raya Jalan Batang Kali- -Genting, semala
 
 
ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2021 1.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM