
Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Migran Buruh Paksa Covid 19 Kerja 12 Jam Dan Dipukul Jika Melawan
Shah Alam, 2 Jun 2021 - Segelintir majikan bukan sahaja tidak membayar gaji dan memaksa pekerja asing mereka bekerja melebihi 12 jam sehari, malah mangsa akan dipukul serta diugut untuk diserahkan kepada pihak berkuasa jika melawan.
Majikan terbabit dipercayai telah mengambil kesempatan ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak setahun lalu dengan menjadikan migran sebagai buruh paksa dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
Situasi itu terbukti berdasarkan rekod Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM)(D3), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang mendedahkan seramai 76 mangsa telah diselamatkan sepanjang 2020 sehingga April lalu.
Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, rata-rata mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun yang bekerja dalam sektor perkilangan melibatkan pembuatan pelitup muka selain pembantu rumah.
Menurutnya, siasatan mendapati hak mereka telah dinafikan majikan dari segi pembayaran gaji, persekitaran kerja yang tidak kondusif selain dipaksa bekerja melebihi 12 jam sehari.
Tuan Fadil memberitahu, isu gaji adalah salah satu indikator kepada aspek ekploitasi buruh paksa dalam siasatan di bawah Akta ATIPSOM 2007.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.
Sumber: Kosmo Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN