Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Proklamasi Darurat 21 Kertas Siasatan Dibuka 10 Ditahan Kpn
Kuala Lumpur, 2 Jun 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebanyak 21 kertas siasatan berhubung penghasilan dan penularan berita tidak benar berkaitan COVID-19 atau Proklamasi Darurat 2021.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam kenyataan semalam berkata, kertas siasatan tersebut disiasat di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 sejak ordinan itu dikuatkuasakan pada 12 Mac lepas.
Beliau berkata, siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta kontinjen.
Beliau berkata, ordinan itu memberi kuasa kepada PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menahan tanpa waran mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang cuba menyiar serta menyebarkan secara keseluruhan atau sebahagian berita tidak benar khususnya di media sosial.
"Seksyen 4(1) ordinan ini memperuntukkan kesalahan terhadap mana-mana orang yang melalui apa-apa cara dengan niat untuk menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, atau kepada mana-mana golongan awam, mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar.
"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php…
Sumber: BERNAMA
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
