
Article
Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Pkp 3 0 Remaja 15 Tahun Pandu Triton Bawa Dua Rakan Bersiar Siar Dicekup
Melaka, 15 Jun 2021 - Tiga pelajar sekolah menengah dikompaun RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersiar-siar dengan memandu dan menaiki sebuah kenderaan...
Melaka, 15 Jun 2021 - Tiga pelajar sekolah menengah dikompaun RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersiar-siar dengan memandu dan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4), Mitsubishi Triton, kelmarin.
Pemandu berusia 15 tahun dan dua rakannya masing-masing berusia 15 dan 16 tahun dikesan melakukan kesalahan itu selepas cuba mengelak daripada melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Bukit Baru-Duyong pada pukul 2.30 petang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Tuan Afzanizar Ahmad berkata, sepasukan anggota SJR berjaya mengesan kenderaan tersebut apabila bertindak mencurigakan dengan membuat pusingan U ketika menghampiri sekatan.
Katanya, sepasukan anggota kemudian mengejar 4x4 itu sejauh 15 kilometer sehingga remaja berkenaan memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri di Kampung Balik Bukit, Bukit Larang.
“Kesemua suspek cuba melarikan diri di kawasan kampung berkenaan, namun berjaya diberkas".
Katanya, remaja itu juga direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Kosmo
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN