
Article
Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Pkp 3 0 Dilanjutkan Polis Ambil Tindakan Tegas
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Polis akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya (SJR) dan lapangan bagi memastikan setiap individu mematuhi pro...
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Polis akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya (SJR) dan lapangan bagi memastikan setiap individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. PKP 3.0 yang sepatutnya tamat Isnin ini dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi hingga 28 Jun ini.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak melanggar SOP ditetapkan, akan ambil tindakan tegas.
"Seperti di SJR, hanya mereka yang mempunyai dokumen perjalanan daripada pihak berkaitan dibenarkan melepasi sekatan itu. "Jika dikesan ada yang cuba melanggar undang-undang, kita ambil tindakan tegas.
"Penguatkuasaan dan pemantauan di lapangan juga akan dilakukan secara ketat bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal secara menyeluruh," katanya pada BH, hari ini.