Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pjsjn Hadiri Kongres Anti Narkotik Antarabangsa Di Barranquill

Diterbitkan: 24 Oct 2019 12.01 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Khalil Kader Mohd tiba di Pusat Konvensyen Blue Garden di Barranquilla, semalam bagi memenuhi jemputan khas Polis Colombia ke Kongres Anti Narkotik Antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pjsjn-hadiri-kongres-anti-narkotik-antarabangsa-di-barranquill
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:22 MYT

Colombia, 24 Oktober - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Khalil Kader Mohd tiba di Pusat Konvensyen Blue Garden di Barranquilla, semalam bagi memenuhi jemputan khas Polis Colombia ke Kongres Anti Narkotik Antarabangsa.

Kongres yang melibatkan penyertaan daripada 32 negara, 100 syarikat tempatan dan sembilan agensi keselamatan itu bertujuan membincangkan ancaman jenayah dadah terhadap keselamatan dan ekonomi sesebuah negara.

Ketibaan beliau disambut sendiri oleh rakan sejawatannya dari Colombia, Major Jeneral Luis Ramírez Aragón.

Dalam kongres tersebut juga, Datuk Khalil yang diiringi timbalannya, DCP Tuan Zulkifli Ali diundang menghadiri forum perbincangan isu jenayah dadah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Antara pembentang yang mengambil bahagian ialah Pakar Program Serantau di United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC), Mr. Jorge Vargas Mediavilla, Pengarah Unit Analisis dan Analisis Kewangan (UIAF) Colombia, Dr. Javier Alberto Gutiérrez López, Timbalan Pengarah Penyiasatan Jenayah dan INTERPOL Polis Colombia, Kolonel Edwin Albeiro Villota Romo dan Pengarah Perisikan Negara Peru, Mr. Oscar Servan.

Sebelum mengakhiri kongres tersebut, Datuk Mohd Khalil sempat mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Colombia, Jeneral Oscar Atehortua Duque untuk bertukar-tukar pandangan sekaligus menzahirkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi jenayah dadah rentas sempadan.

Image may contain: 2 people
Image may contain: 9 people, people sitting and indoor
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Image may contain: 3 people, phone
Image may contain: 4 people, people standing
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2019 12.01 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM