Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pinjaman Tidak Wujud

Diterbitkan: 05 Oct 2019 9.34 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Adakah transaksi permohonan pinjaman melalui Whatsapp atau secara atas talian selamat? Jawapan TIDAK. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir individu menjadi mangsa pinjaman wang yang tidak wujud.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pinjaman-tidak-wujud
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:33 MYT

#JomBeringat

PINJAMAN TIDAK WUJUD

Adakah transaksi permohonan pinjaman melalui Whatsapp atau secara atas talian selamat? Jawapan TIDAK. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir individu menjadi mangsa pinjaman wang yang tidak wujud.

Pinjaman tidak wujud adalah kegiatan tidak bertanggunjawab individu yang menawarkan kemudahan pinjaman tidak wujud atau palsu melalui media sosial tetapi sebaliknya mengenakan pelbagai bayaran kepada kepada mangsa.

Jom ikuti modus operandi yang digunakan sindiket:

1. Sindiket menawarkan skim pinjaman wang dengan prosedur mudah, cepat dan kadar faedah yang rendah.

2. Kebiasaannya sindiket akan memancing individu yang disenarai hitam oleh institusi kewangan atau terdesak perlukan wang melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp.

3. Sindiket hanya akan berhubung dengan mangsa secara atas talian bagi mendapatkan dokumen dan butiran pengenalan diri.

4. Setelah itu, sindiket akan memberikan dokumen perjanjian palsu yang lengkap dengan jumlah pinjaman dan kadar bayaran bulanan.

5. Selepas persetujuan dicapai, sindiket akan meminta mangsa membuat pelbagai bayaran lain seperti yuran guaman, caj perkhidmatan, bayaran proses dan cukai.

6. Sindiket akan berusaha menunjukkan sikap simpati dan cuba membantu mangsa dengan mengurangkan kadar bayaran selain mengugut akan membatalkan pinjaman sekiranya pembayaran tidak dilakukan.

7. Mangsa akan berusaha untuk membayar wang tersebut sehingga akhirnya sindiket gagal dihubungi.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

No photo description available.
Image may contain: text
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2019 9.34 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM