Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Warga Ipd Baling Laksana Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

Diterbitkan: 28 Oct 2025 7.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
PIC OF THE DAY: WARGA IPD BALING LAKSANA OPERASI MENYELAMAT MANGSA BANJIR Baling, 28 Oktober 2025 – Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling telah melaksanakan operasi menyelamat susulan paras air di beberapa kawasan di Kuala Ketil naik mendadak, sekali gus menyebabkan penduduk terputus bekalan makanan dan akses jalan utama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-warga-ipd-baling-laksana-operasi-menyelamat-mangsa-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT


Baling, 28 Oktober 2025 – Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling telah melaksanakan operasi menyelamat susulan paras air di beberapa kawasan di Kuala Ketil naik mendadak, sekali gus menyebabkan penduduk terputus bekalan makanan dan akses jalan utama.

Operasi diketuai oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, DSP Ahmad Salimi Md Ali bersama-sama anggota Balai Polis Kuala Ketil, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Penduduk dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan memantau paras air dan menghubungi Balai Polis Kuala Ketil atau Bilik Gerakan IPD Baling sekiranya berlaku peningkatan air atau kecemasan.

Pic Of The Day Warga Ipd Baling Laksana Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

Pic Of The Day Warga Ipd Baling Laksana Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

Pic Of The Day Warga Ipd Baling Laksana Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

Pic Of The Day Warga Ipd Baling Laksana Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 28 Oct 2025 7.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM