
Article
Pic Of The Day Usaha Murni Anggota Rcj Bantu Orang Awam Kehabisan Minyak Kereta
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Awangku Khairil Ebni Awangku Abdul Malek dan Koperal Nor Afzalniezan Yusop, anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ)...
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Awangku Khairil Ebni Awangku Abdul Malek dan Koperal Nor Afzalniezan Yusop, anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Travers atas keprihatinan mereka membantu seorang wanita yang kehabisan minyak kereta di Jalan Selangor, Balai Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi.
Menyedari kesusahan yang dialami wanita tersebut, salah seorang anggota tersebut bertindak ke stesen minyak berhampiran bagi mendapatkan minyak petrol.
Tindakan berjiwa mulia itu bukan sahaja mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri anggota Polis Diraja Malaysia, malah memastikan wanita tersebut dapat meneruskan perjalanan dengan selamat.