Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Tradisi Rendam Dalam Tong Rai Kejayaan Pelatih Lakukan Penerbangan Solo Pertama

Diterbitkan: 28 Oct 2020 12.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ibarat satu tradisi wajib buat para pelatih juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya melakukan penerbangan secara solo buat kali pertama untuk diraikan dengan penuh 'bergaya'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-tradisi-rendam-dalam-tong-rai-kejayaan-pelatih-lakukan-penerbangan-solo-pertama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:33 MYT

Ibarat satu tradisi wajib buat para pelatih juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya melakukan penerbangan secara solo buat kali pertama untuk diraikan dengan penuh 'bergaya'.

Sejurus mendarat di lapangan, para pelatih tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke tanah, sebaliknya diminta untuk menanggalkan kasut dan aksesori pada pakaian sebelum direndam ke dalam sebuah tong.

Barisan jurulatih yang selama ini memberi latihan dan tunjuk ajar, akan menjiruskan ‘air mandian’ sebagai simbolik ucapan tahniah atas kejayaan para pelatih mengemudikan pesawat tanpa panduan daripada mereka.

Tradisi tersebut sebenarnya bermula pada tahun 1991 ketika siri pertama kursus diadakan di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh, Perak.

Semoga dengan kejayaan yang diraih menjadi titik permulaan buat kalian semua untuk memberikan khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi kepada Pasukan dan negara.

Sumber: Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM

#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28102020

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

ArtikelDiterbitkan 28 Oct 2020 12.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM