Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Selamat Bersara Wira Beret Merah

Diterbitkan: 01 Oct 2019 1.34 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.17 PM
PIC OF THE DAY: SELAMAT BERSARA WIRA BERET MERAH
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-selamat-bersara-wira-beret-merah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:10 MYT

Setelah mencurahkan bakti selama 39 tahun di dalam pasukan dan 20 tahun di Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Sarjan Osman Nasation Haji Mansur telah menjalani persaraan wajib pada 30 September 2019.

Mesra disapa dengan nama Pak Man, Sarjan Osman menjadi tenaga pengajar di dalam Unit Berkuda dan melahirkan ramai jurulatih-jurulatih serta atlet-atlet berkuda di dalam pasukan.

Unit Berkuda begitu dekat di hati beliau dan ianya menjadi satu kehilangan yang cukup dirasai dalam unit tersebut.

Benarlah kata bidalan, yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Selamat menjalani persaraan Sarjan Osman, bakti dan jasamu kepada pasukan akan sentiasa dalam kenangan.

Sumber imej: Unit Berkuda PSP

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

6.1


6.2
ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2019 1.34 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.17 PM