
Pic Of The Day Program Meet Greet Mampu Mengeratkan Hubungan Masyarakat Dengan Polis
Program 'Meet & Greet' merupakan salah satu medium yang mampu mengeratkan hubungan di antara Polis dengan masyarakat disamping dapat menunjukkan kehadiran pihak berkuasa di tempat tumpuan orang ramai.
Melalui program sebegini, pelbagai maklumat dan risalah berkaitan keselamatan seperti tip pencegahan jenayah, borang 'Volunteer Smartphone Patrol' dan AMANITA dapat diedarkan kepada masyarakat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada anggota dari Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur yang telah mengadakan program ‘Meet & Greet” di sekitar Jalan Rahim Kajai 14, TTDI, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sumber gambar: Polis Brickfields
#PicOfTheDay
#PDRM
#RMP
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#06012020