Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day Prihatin Di Jalan Raya Polis Tampil Hulur Bantuan

Published: 20 May 2026 1.51 AM Updated: 15 Aug 2026 7.54 PM
Kecekapan dan keprihatinan dua anggota polis dari Ronda Cegah Jenayah (RCJ), Balai Polis Pasir Gudang iaitu Koperal Muhammad Sazali Aripin dan Kontabel Ismail Shamsuddin wajar dipuji apabila tampil membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami tayar pecah di Jalan Bandar Pasir Gudang, Johor, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-prihatin-di-jalan-raya-polis-tampil-hulur-bantuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:11 MYT
 
Kecekapan dan keprihatinan dua anggota polis dari Ronda Cegah Jenayah (RCJ), Balai Polis Pasir Gudang iaitu Koperal Muhammad Sazali Aripin dan Kontabel Ismail Shamsuddin wajar dipuji apabila tampil membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami tayar pecah di Jalan Bandar Pasir Gudang, Johor, semalam.

Walaupun sibuk melaksanakan tugasan harian, kedua-dua anggota tersebut tetap meluangkan masa menghulurkan bantuan dengan menukarkan tayar kenderaan terbabit demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin serta perjalanan dapat diteruskan dengan lancar.

Tindakan mulia ini jelas mencerminkan nilai keprihatinan dan komitmen warga Pasukan Sang Saka Biru dalam mendekati masyarakat serta sentiasa bersedia membantu tanpa mengira keadaan.

Sumber: Balai Polis Pasir Gudang

May be an image of car, road and text

May be an image of car and road

May be an image of car, ambulance, road and text that says 'BALAI BALAIPOLIS POLIS PASIR PASIRGUDANG GUDANG 데출가 0 POLIS POLIS 2 米'


ArticlePublished 20 May 2026 1.51 AMUpdated 15 Aug 2026 7.54 PM