Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day Polis Pasir Gudang Raikan Lawatan Sekolah Rendah Pasir Gudang 2

Published: 17 Nov 2024 1.44 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Warga Balai Polis Pasir Gudang yang diketuai Sarjan Mejar Operasi, Sarjan Mejar Mustafa Kamal Abd Manap berbesar hati meraikan kehadiran rombongan dari Sekolah Rendah Pasir Gudang 2, Johor ke balai berkenaan, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-polis-pasir-gudang-raikan-lawatan-sekolah-rendah-pasir-gudang-2
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:54 MYT
Warga Balai Polis Pasir Gudang yang diketuai Sarjan Mejar Operasi, Sarjan Mejar Mustafa Kamal Abd Manap berbesar hati meraikan kehadiran rombongan dari Sekolah Rendah Pasir Gudang 2, Johor ke balai berkenaan, hari ini.

Rombongan seramai 71 orang termasuk murid, ibu bapa dan guru pengiring itu telah diketuai oleh Guru Penolong Kanan, Tuan Hj. Mohd Saifullizan Senin.

Kesemua mereka diberi taklimat mengenai pelakuan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol yang antaranya mengandungi tip keselamatan diri dan pencegahan jenayah.

Selain sesi ramah mesra, murid-murid tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama 'abang dan kakak' polis serta merasai pengalaman menaiki kenderaan Pasukan serta melihat pameran persenjataan yang disediakan.


May be an image of 2 people, hospital and text

May be an image of 9 people, clarinet and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people, motorcycle and text

May be an image of 5 people and text that says '海 0曜 地 番 2S AJAM ALAYSA HAK MILIKIP HAKMILIKIPDSERIALAM SERI IPD SERIALAM LAM'
ArticlePublished 17 Nov 2024 1.44 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM