
Artikel
Pic Of The Day Polis Pasir Gudang Raikan Lawatan Sekolah Rendah Pasir Gudang 2
Warga Balai Polis Pasir Gudang yang diketuai Sarjan Mejar Operasi, Sarjan Mejar Mustafa Kamal Abd Manap berbesar hati meraikan kehadiran rombongan dari Sekolah...
Warga Balai Polis Pasir Gudang yang diketuai Sarjan Mejar Operasi, Sarjan Mejar Mustafa Kamal Abd Manap berbesar hati meraikan kehadiran rombongan dari Sekolah Rendah Pasir Gudang 2, Johor ke balai berkenaan, hari ini.
Rombongan seramai 71 orang termasuk murid, ibu bapa dan guru pengiring itu telah diketuai oleh Guru Penolong Kanan, Tuan Hj. Mohd Saifullizan Senin.
Selain sesi ramah mesra, murid-murid tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama 'abang dan kakak' polis serta merasai pengalaman menaiki kenderaan Pasukan serta melihat pameran persenjataan yang disediakan.
Sumber: Polis Daerah Seri Alam