
Article
Pic Of The Day Polis Ipd Selama Beri Pendedahan Keselamatan Kepada Murid Taski Abim Al Hidayah
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama mengadakan sesi ceramah pendedahan keselamatan kepada 50 murid Taski ABIM Al-Hidayah yang melakukan lawatan sambil...
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama mengadakan sesi ceramah pendedahan keselamatan kepada 50 murid Taski ABIM Al-Hidayah yang melakukan lawatan sambil belajar ke Balai Polis Trafik, IPD Selama, Perak semalam.
Mereka yang ditemani empat guru pengiring begitu teruja dan ceria apabila berpeluang bergambar dan menaiki kenderaan aset Polis Diraja Malaysia.
Selain sesi ramah mesra, murid-murid turut didedahkan dengan keselamatan diri dan tip pencegahan jenayah agar dapat mewujudkan suasana selamat di persekitaran sekolah.
Sumber: Polis Daerah Selama






Sumber: Polis Daerah Selama