
Article
Pic Of The Day Polis Bantu Iring Wanita Mengandung Selamat Tiba Di Hospital
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Tahniah diucapkan kepada anggota dari Unit Kereta Peronda Lebuhraya (EMPV) Rawang dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman iaitu Koperal Mohd Firdaus Alias, Koperal Fadrizul Rosli dan Lans Koperal Muhammad Yusof, segera menghulurkan bantuan dengan mengiringi kenderaan pasangan suami isteri yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas sehingga mereka selamat sampai di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Isteri lelaki berkenaan difahamkan sedang menahan kesakitan untuk melahirkan cahaya mata sebelum meminta pertolongan pihak polis bagi mengiringi mereka ke hospital berkenaan.