Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn

Diterbitkan: 07 Sep 2026 10.09 AM Dikemas kini: 08 Sep 2026 9.57 AM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-keceriaan-warnai-lawatan-anak-anak-ke-bp-bandar-dato-onn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:18 MYT

Suasana Balai Polis (BP) Bandar Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam bertukar ceria dengan kehadiran 100 murid bersama tujuh guru pengiring daripada Komuniti Kebajikan Ajar-Ajar Malaysia.

Wajah teruja dan gelak tawa jelas terpancar apabila anak-anak berpeluang menaiki kenderaan Pasukan, melihat pelbagai aset polis serta mengenali dengan lebih dekat peranan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan komuniti.

Pengalaman istimewa ini bukan sahaja mencipta kenangan manis buat mereka, malah menyemai nilai menghargai keamanan dan mengeratkan hubungan antara polis dengan masyarakat selaras dengan konsep “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Sumber: Polis Dato’ Onn

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn

ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2026 10.09 AMDikemas kini 08 Sep 2026 9.57 AM