Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Abang Polis Bantu Hantar Pelajar Ke Sekolah

Diterbitkan: 14 Oct 2020 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Walaupun baru selesai menjalankan tugas,Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya tetap menghulurkan bantuan kepada seorang pelajar yang terkandas dalam perjalanan ke sekolah dengan menghantarnya menaiki motosikal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-abang-polis-bantu-hantar-pelajar-ke-sekolah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT

Walaupun baru selesai menjalankan tugas,Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya tetap menghulurkan bantuan kepada seorang pelajar yang terkandas dalam perjalanan ke sekolah dengan menghantarnya menaiki motosikal.

Menurut hantaran yang dibuat oleh Ruki. di akaun Twitternya, anggota polis itu sanggup membonceng pelajar berkenaan yang juga sepupunya ke sekolah bagi menduduki peperiksaaan, selepas jalan yang biasa dilalui terpaksa ditutup ekoran kemalangan melibatkan dua buah lori di Persiaran Utara.

“Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja. Jalan blocked, ada lori accident, dia ada exam pukul 9am. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya!,” kongsi beliau.

Terima kasih Konstabel Muhammad Khairul Azhar atas keprihatinan anda dalam membantu memudahkan urusan pelajar berkenaan. Semoga anda sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan orang awam.

Sumber: Twitter Ruki.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#14102020

Image may contain: 1 person, sitting, motorcycle and outdoor

Image may contain: one or more people, motorcycle, tree and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: outdoor

ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2020 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM