
Beberapa anggota dari Unit Response Team, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi mendukung kanak-kanak yang terjejas dalam bencana banjir di Kampung Jawa, Kota Tinggi Johor.
Amanah dan tanggungjawab memastikan semua mangsa banjir dibawa ke tempat yang lebih selamat menjadi motivasi buat semua pegawai dan anggota polis yang terlibat, biarpun terpaksa berjaga 24 jam.
Doakan semoga semua warga PDRM yang terlibat dalam operasi banjir sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan mereka.
Sumber: Polis Daerah Kota Tinggi
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#16122019