
Piala Rujirawongse 2019 Pdrm Rampas Kejuaraan Daripada Rtp
Skudai, 3 April 2019 - Pasukan ragbi senior Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 selepas menumpaskan pasukan lawan dari Royal Thai Police (RTP) dengan mata 10-8, dalam pertarungan sengit di Stadium Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dekat sini, semalam.
Kejayaan tersebut ternyata lebih bermakna, apabila pasukan ragbi veteran PDRM pula muncul sebagai naib juara dalam perlawanan merebut Piala Chaijinda daripada pasukan lawan yang sama dari RTP.
Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan PDRM, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditanya wartawan berkata, kejayaan pasukan PDRM menewaskan RTP selaku juara lepas amat membanggakan apatah lagi beraksi di tempat sendiri.
“Tahun lepas PDRM hanya menjadi naib juara di Bangkok, Thailand. Saya meletakkan misi untuk menjadi juara pada edisi kali ke-33 ini dan amat bersyukur kerana ia menjadi kenyataan,” ujar beliau.
Tambah Tan Sri Mohamad Fuzi lagi, penganjuran sukan seumpama ini mampu mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang telah sekian lama terjalin di antara kedua-dua agensi pasukan keselamatan utama negara berjiran itu.
Kemuncak kejohanan adalah majlis penyampaian pingat dan penyerahan Piala Rujirawongse kepada pasukan ragbi PDRM oleh Commisioner General RTP, Police General Chaktip Chaijinda dihadapan lebih 1,200 tetamu jemputan yang hadir.
Terdahulu, pasukan ragbi dan delegasi RTP yang tiba di bandar Johor Bahru Ahad lalu, telah disantuni warga PDRM khasnya Polis Johor dengan penganjuran beberapa program menarik di dalam kontinjen tersebut.
Antaranya majlis makan malam meraikan ketibaan mereka, lawatan ke Kilang Kopi Kluang untuk melihat dengan lebih dekat proses pembuatan serbuk kopi bermutu tinggi dan UK Farm Kluang yang terkenal dengan penternakan serta penghasilan produk tenusu dalam negara.
Yang turut hadir, Senior Inspector General RTP, Police General Suchart Seerathawat, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, barisan Pengarah PDRM dan isteri, Ketua Polis Johor, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan isteri serta barisan ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Johor.
Komander Pasukan Gerakan Udara merangkap Pengurus Pasukan Ragbi PDRM, DCP Dato’ Mohd Rafique Ramli Ariffin menjulang piala tradisi Rujirawongse.
Pasukan ragbi PDRM bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.
Sekitar Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 berlangsung.
Sekitar Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 berlangsung.
Sekitar Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 berlangsung.
Sekitar Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 berlangsung.
Sekitar Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 berlangsung.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Ketua Polis Thailand, Police General Chaktip Chaijinda menyaksikan Kejohanan Ragbi Piala Rujiwongse kali ke-33 Tahun 2019.
Sekitar Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2019 berlangsung.