
Pga Serah Tongkat Kuasa Kepada Polis Bantuan Petronas Terus Jaga Keamananan Pic
Kota Tinggi, 7 Oktober 2019 - Setelah dua tahun sembilan bulan menjalankan tugas kawalan keselamatan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Pasukan Gerakan Am (PGA) secara rasminya menyerahkan tugas tersebut kepada Polis Bantuan Petronas dalam Majlis Perbarisan Khas sempena Pengunduran Penugasan PGA di PIC, di sini, pagi tadi.
Sesi penyerahan tongkat kuasa daripada Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Simpang Renggam, Johor, Superintendan Jaafar Kaimi kepada Ketua Bahagian Keselamatan PIC, Tuan Ramli Mohamad itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Berucap dalam majlis penuh bersejarah itu, Tan Sri Abdul Hamid menjelaskan bahawa penugasan PGA diatur secara penggiliran di mana ia turut melibatkan Batalion 2 dari Briged Utara, Batalion 4, 5, 6 dari Briged Tengah dan Batalion 7, 8 dan 9 dari Briged Tenggara.
“Saya juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan PIC yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kemudahan bagi meningkatkan keupayaan para petugas PGA menjalankan rondaan di kawasan sekitar, khususnya di persisiran pantai,” ujar beliau.
Penempatan dan kehadiran PGA secara ‘omnipresent’ di PIC telah berjaya berfungsi sebagai ‘deterrence factor’ yang merupakan satu elemen pencegahan dari berlakunya insiden keselamatan yang besar seperti rusuhan ataupun tunjuk perasaan.
Turut hadir dalam majlis tadi ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Ketua Bahagian Operasi Petronas Refinery And Petrochemical Corporations Sdn. Bhd (PRPC), Tuan Haji Hanafi Dewa, Ketua Pembuatan dan Kejuruteraan PRPC, Tuan Haji Ahmad Farid Yaacob, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Mohd Kamarudin Mat Din, Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, Komander-Komander Briged PGA, Pegawai-Pegawai Pemerintah Batalion, para pegawai kanan, pegawai rendah polis, warga PIC dan rakan-rakan media.
Sekitar sesi bergambar kenangan.
Sekitar sesi bergambar kenangan.
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.
Sekitar sebelum majlis bermula.
Kawalan Kehormatan bersama Panji Batalion 5 Pasukan Gerakan Am diarak keluar dari medan perbarisan.
Kawalan Kehormatan bersama Panji Batalion 5 Pasukan Gerakan Am diarak keluar dari medan perbarisan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyaksikan penyerahan Tongkat Kuasa antara Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Jaafar Kaimi kepada Ketua Keselamatan Kompleks Bersepadu Petronas, Tuan Ramli Mohamad.
Penurunan bendera Batalion 5 PGA dengan diiringi tiupan ‘Bugle Last Post'.
Sekitar nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku.
Pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Kawalan Kehormatan bersama Panji Batalion 5 Pasukan Gerakan Am diarak keluar dari medan perbarisan.
Kawalan Kehormatan bersama Panji Batalion 5 Pasukan Gerakan Am masuk ke medan perbarisan.
Detachment Polis Bantuan PETRONAS mengambil tempat di medan perbarisan.
Sekitar nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku.
Antara yang hadir dalam Majlis Perbarisan Khas sempena Pengunduran Penugasan PGA di PIC.
Sekitar sesi bergambar kenangan.