Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peta Laluan Tour Of Peninsular Top 2019 Peringkat 5

Diterbitkan: 18 Oct 2019 8.20 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Motoshoot Event akan menganjurkan kejohanan lumba basikal Tour Of Peninsular (TOP) 2019 yang akan berlangsung mulai 15 Oktober 2019 sehingga 19 Oktober 2019 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Ianya melibatkan beberapa negeri iaitu Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peta-laluan-tour-of-peninsular-top-2019-peringkat-5
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:50 MYT

Motoshoot Event akan menganjurkan kejohanan lumba basikal Tour Of Peninsular (TOP) 2019 yang akan berlangsung mulai 15 Oktober 2019 sehingga 19 Oktober 2019 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Ianya melibatkan beberapa negeri iaitu Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Peringkat 5 : Kuala Lipis - Setiawangsa (151.4km)
Tarikh : 19/10/2019 (Sabtu)
Lokasi Pelepasan : Dataran Lipis, Jalan Utama Kecau, Kuala Lipis
Masa Pelepasan : 11.00 pagi
Lokasi Penamat : Wangsa Walk Malk, Setiawangsa
Jangkaan Masa Sampai : 3.00 petang
Kontinjen Terlibat : Pahang, Selangor, Kuala Lumpur
Daerah Terlibat : Kuala Lipis, Bentong, Raub, Gombak dan Kuala Lumpur
Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Jalan Utama Kecau, Kuala Lipis – Pejam – Benta – Kg Kuala Gali – Dong – Kg Gali Tengah – Raub – Bentong – Bukit Tinggi – Gombak – Jalan Wangsa Perdana, Wangsa Walk, Setiawangsa.

Penutupan laluan secara berperingkat pada jam 9.00 pagi bagi persediaan tapak permulaan pelepasan peserta perlumbaan pada jam 11.00 pagi.

Peserta perlumbaan dijangka tiba di lokasi penamat Jalan Wangsa Perdana, Wangsa Walk pada jam 3.00 petang dan penutupan lokasi penamat mulai jam 1.00 petang.

Pemakluman kepada orang ramai
- Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan.
- Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan.
- Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan.
- Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan Tour Of Peninsular 2019.

Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web Tour Of Peninsular 2019 di
www.tourpeninsular.com.

Image may contain: one or more people, motorcycle, text and outdoor
Image may contain: text

ArtikelDiterbitkan 18 Oct 2019 8.20 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM