SELAMATKAN KHAZANAH NEGARA KITA!
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia turut bersedih selepas mendengar berita kematian Iman, badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia yang menderita penyakit kronik sejak lima tahun lalu.
Meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk menyelamatkan Iman, namun tiada siapa yang mampu menghalang ketentuan tuhan.
Malaysia bukan sahaja telah kehilangan khazanah berharga itu, malah bakal menyusul lebih banyak lagi haiwan terancam seperti Harimau Malaya, Gajah Borneo, Tenggiling dan Tenuk Malaysia akibat perbuatan rakus manusia durjana.
Kulit, taring, gading malah organ haiwan-haiwan tersebut diburu dek gelap mata dengan habuan wang yang lumayan.
Namun sedarlah kalian, setiap kewujudan haiwan tersebut memberi 1,001 manfaat kepada ekosistem tanpa kita sedari. Akan pincanglah alam sekitar jika mereka tidak lagi wujud di muka bumi ini...
Ayuh rakyat Malaysia! Selamatkan khazanah negara ini dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan aktiviti pemburuan haram.
Laporkan juga jika terkesan penjualan produk berasaskan haiwan terancam tersebut di mana-mana platform media sosial.
Bersama kita pelihara harta yang sangat bernilai ini demi warisan buat anak cucu di masa hadapan.