
Artikel
Pesanankhidmatmasyarakat Pkp Covid 19 Jalan Lengang Bukan Lesen Untuk Berlumba Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Bertanggungjawab
Ramai sedia maklum bahawa dalam tempoh 'total lockdown' ini sebahagian besar pekerja di sektor awam dan swasta diarahkan untuk bekerja dari rumah.
Ramai sedia maklum bahawa dalam tempoh 'total lockdown' ini sebahagian besar pekerja di sektor awam dan swasta diarahkan untuk bekerja dari rumah.
Arahan tersebut menyaksikan jumlah kenderaan di jalan raya mendadak turun dan hanya mereka yang mempunyai urusan penting dan kebenaran pergerakan sahaja menggunakan kemudahan tersebut.
Namun demikian, terdapat segelintir pengguna jalan raya yang mengambil kesempatan dengan berlumba, seolah-olah jalan tersebut milik mereka. Perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah pengguna yang lain.
Jika didapati bersalah, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.
Ingat! Jalan lengang bukan 'lesen' untuk sesiapa sahaja melanggar peraturan termasuk berlumba haram. Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan hormati undang-undang ditetapkan.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN