
Pesanankhidmatmasyarakat Larangan Terbangkan Dron Pada Malam Tahun Baharu
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita melangkah ke ambang tahun baharu 2020 dan pasti ramai yang teruja untuk menyambutnya.
Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron di beberapa lokasi sambutan pada hari ini.
Sekiranya terkesan dron yang diterbangkan tanpa kebenaran, tindakan tegas akan diambil oleh Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dengan menyekat kawalan ke atas dron tersebut menggunakan alat khas.
Sumber imej: Google
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama
#PesananKhidmatMasyarakat