Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pesanankhidmatmasyarakat Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Bertimbang Rasa Dan Bertolak Ansur

Published: 03 Jan 2020 11.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang meniti cabaran dalam menjadi negara maju berasaskan teknologi. Jika dilihat dengan pembangunan yang semakin pesat dan kemudahan jalan raya yang semakin baik, kita boleh melihat gambaran negara pada masa akan datang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pesanankhidmatmasyarakat-jadilah-pengguna-jalan-raya-yang-bertimbang-rasa-dan-bertolak-ansur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:57 MYT

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang meniti cabaran dalam menjadi negara maju berasaskan teknologi. Jika dilihat dengan pembangunan yang semakin pesat dan kemudahan jalan raya yang semakin baik, kita boleh melihat gambaran negara pada masa akan datang.

Malangnya, sikap masyarakat kita masih lagi di takuk lama terutamanya ketika berada atau sedang menggunakan jalan raya.

Banyak kes yang tercetus disebabkan tiadanya sikap tolak ansur dalam kalangan pengguna jalan raya. Masing-masing dengan sikap pentingkan diri dan berpendapat bahawa diri sendiri sahaja yang betul.

Situasi sedemikian wajib diperbaiki kerana ia langsung tidak mencerminkan budaya dan tingkah laku yang baik. Pelakuan sebegitu lazimnya mendatangkan akibat buruk. Antaranya, seseorang boleh didenda wang atau hukuman penjara jika disabitkan kesalahan.

Seperkara lagi, apabila di jalan raya, jangan sesekali menganggap orang lain perlu mengikut telunjuk dan kemahuan kita. Sedangkan kita sendiri mengetahui bahawa jalan raya itu adalah hak milik bersama.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 3 people, people smiling
ArticlePublished 03 Jan 2020 11.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM