Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pesanankhidmatmasyarakat Apa Perlu Dilakukan Jika Diperas Ugut Oleh Pelaku Sextortion

Published: 26 Oct 2020 9.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan wujudnya kegiatan pemerasan seksual atau "sextortion" yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja di negara ini sebagai penyumbang gambar atau video pornografi mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pesanankhidmatmasyarakat-apa-perlu-dilakukan-jika-diperas-ugut-oleh-pelaku-sextortion
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:06 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan wujudnya kegiatan pemerasan seksual atau "sextortion" yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja di negara ini sebagai penyumbang gambar atau video pornografi mereka.

Modus operandi pelaku '"sextortion" adalah dengan memperdaya mangsa untuk menghantar gambar atau video mengghairahkan sebelum mengugut untuk menyebarkan bahan berkenaan jika mangsa enggan mematuhi arahan.

Sekiranya keadaan tersebut berlaku kepada anda atau sesiapa yang dikenali, jangan tunaikan permintaan pelaku dan hentikan segera perbualan dengannya.

Anda perlu mengumpulkan segala bukti ugutan yang dibuat oleh pelaku dan laporkan ke balai polis yang berhampiran.

Hanya dengan laporan dan bukti yang disertakan, pihak polis mampu menjejaki pelaku dan membawanya ke muka pengadilan.

Sumber: INTERPOL HQ

Image may contain: one or more people, text that says 'Cease all contact SEXTORTION WHAT DO I DO? Do not pay or provide further images Recognize that you a
ArticlePublished 26 Oct 2020 9.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM