
Pesanankhidmatmasyarakat Ambil Iktibar Musibah Kebakaran Hutan Di Australia
Tahukah anda 85 peratus punca kebakaran hutan yang sedang berlaku di Australia adalah disebabkan oleh perbuatan manusia?
Natijah sikap tidak bertanggungjawab tersebut telah menyebabkan ribuan rumah musnah, 25 orang maut dan lebih satu bilion haiwan terkorban. Malah haiwan comel seperti koala yang populasinya tinggi sebelum ini, kini di ambang kepupusan.
Hal ini boleh berlaku di negara kita sekiranya masyarakat masih tidak sedar tentang keburukan pembakaran secara terbuka dan tidak terkawal serta tabiat suka membuang puntung rokok yang masih menyala merata-merata.
Kebakaran yang tercetus boleh mengakibatkan kemusnahan khazanah biodiversiti dan pencemaran udara, sekali gus memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Bersama-sama kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku di 'Negara Kanggaru' itu. Doakan juga agar diturunkan hujan pada kawasan yang terjejas bagi memadam kebakaran melibatkan kira-kira lima juta hektar tanah.
#PrayforAustralia
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP