Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai Tahun 2026

Diterbitkan: 29 May 2026 7.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.47 PM
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-sambutan-pesta-kaamatan-dan-hari-gawai-tahun-2026
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:26 MYT

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Negeri Sabah dan Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas nikmat hasil tuaian. Sambutan ini merupakan aset kebudayaan nasional yang amat bernilai dan wajar dipelihara sebagai aspirasi dalam memperkukuhkan semangat perpaduan merentas sempadan integrasi nasional.

Bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun 2026, “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, ia merupakan seruan bermakna untuk kita mempererat ikatan ukhuwah dan kepercayaan sesama kita. Begitu juga dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak yang sentiasa menyemarakkan semangat muhibah menerusi ungkapan “Gayu Guru Gerai Nyamai” yang memohon kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran hidup buat semua.

Bersempena sambutan ini, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Sang Saka Biru agar terus memperteguh solidariti dan permuafakatan, demi kestabilan dan kemakmuran negara tercinta.

Kepada anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini, saya mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dalam kegembiraan menyambut pesta ini, saya ingin mengingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan. Pastikan langkah pencegahan diambil sewajarnya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya dan keluarga serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan:
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

IG DATO’ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

May be an image of text that says 'Jurbihun Kow Kouep: หนน Se Setiu tin KPN PMO Komunikuni Korporat) Belamat BelamatMeayambr MenpaTBuT PESTA KAAMATAN


ArtikelDiterbitkan 29 May 2026 7.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.47 PM