Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Perayaan Deepavali Tahun 2025

Diterbitkan: 17 Oct 2025 6.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.48 PM
“Iniya Deepavali Nalvalthukkal”
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-sambutan-perayaan-deepavali-tahun-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:24 MYT


Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

“Iniya Deepavali Nalvalthukkal”

Seindah gemerlapan cahaya menerangi kegelapan, saya bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Deepavali 2025 kepada seluruh warga Sang Saka Biru dan masyarakat India di Malaysia.

Perayaan Deepavali bukan sahaja melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, tetapi juga menjadi simbol keharmonian, perpaduan dan kasih sayang seisi masyarakat majmuk di negara ini. Kemantapan teras MADANI menyemarakkan semangat muhibah dan memperkukuh jalinan permuafakatan antara kaum demi kesejahteraan bersama, meneruskan perjuangan ke arah kebaikan, keadilan, kemajuan dan masa depan yang lebih mampan.

Kemeriahan sambutan sesuatu perayaan terletak pada nikmat kebahagiaan dapat bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, bukannya pada kemewahan semata-mata. Sambutan secara sederhana tetap istimewa apabila disulami dengan kasih sayang dan rasa penuh kesyukuran.

Dalam suasana penuh kegembiraan, saya ingin mengingatkan semua agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Pastikan kediaman yang ditinggalkan dalam keadaan selamat, elakkan kecuaian yang boleh mengundang risiko jenayah dan patuhilah peraturan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM yang bertugas sepanjang tempoh perayaan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terjamin, aman dan harmoni. Berkhidmatlah dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

Akhir kata, semoga sambutan Hari Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua. Selamat Menyambut Hari Deepavali.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Nandri, Vanakkam


(DATO’ SRI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia


May be an image of ‎text that says '‎Terbitan&Konsap Terbitan . KonBep Jrus KPH Komunikasi Korporat) ப் DIBAJA Selamat Menyambut Hari DEEPAVALI



ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2025 6.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.48 PM