Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Hari Krismas Tahun 2018

Diterbitkan: 24 Dec 2018 9.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-sambutan-hari-krismas-tahun-2018
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:03 MYT

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.

Sempena sambutan Krismas tahun ini, marilah kita sama-sama mengekalkan kerukunan hidup bermasyarakat dengan membudayakan sikap toleransi, mengetepikan perasaan curiga dan prejudis serta menjadikan keharmonian menyambut perayaan pelbagai kaum, sebagai bukti perpaduan utuh rakyat di negara ini.

Semaikanlah semangat muhibah dengan meneruskan tradisi rumah terbuka serta amalan kunjung-mengunjung, demi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam kalangan masyarakat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa atau budaya.

Raikan kemeriahan Krismas ini dengan penuh rasa kesyukuran atas nikmat kemakmuran serta keamanan negara yang dikecapi selama ini.

PDRM akan sentiasa memastikan kesejahteraan masyarakat dan kedaulatan negara, kekal terpelihara.

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR.

(TAN SRI DATO’ SRI MOHAMAD FUZI BIN HARUN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

ArtikelDiterbitkan 24 Dec 2018 9.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM