Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Bulan Ramadan Tahun 2024 Masihi 1445 Hijrah

Published: 11 Mar 2024 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA BULAN RAMADAN TAHUN 2024 MASIHI / 1445 HIJRAH
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perutusan-ketua-polis-negara-sempena-bulan-ramadan-tahun-2024-masihi-1445-hijrah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Marhaban Ya Ramadan. Segala puji hanya bagi Allah SWT yang menganugerahkan kita nikmat, rahmat dan afiat untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan penuh keberkatan dan keampunan.

Saya dan isteri mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam khususnya warga Polis Diraja Malaysia. Semoga Rukun Islam Ketiga ini dapat disempurnakan dengan penuh rasa kesyukuran dan ibadah kita dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam juga dikurniakan ganjaran terbaik oleh Yang Maha Esa.

Mengambil keberkatan bulan seribu rahmat dan maghfirah ini, marilah kita bekerja dengan produktif dan lebih tekun serta memperbanyakkan ibadah dan amal jariah untuk merebut pahala berganda yang dijanjikan bagi mencapai darjat ketakwaan tertinggi di sisi-Nya jua, insya-Allah.

SALAM RAMADAN KAREEM DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG

Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia

May be a graphic of text
ArticlePublished 11 Mar 2024 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM