
Pertemuan Presiden Fam Bincang Hala Tuju Bola Sepak Pdrm Fa
Kuala Lumpur, 21 Januari 2020 – Dalam usaha meningkatkan lagi mutu bola sepak di Malaysia, Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) telah menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Kunjungan tersebut antara lainnya bertujuan membincangkan hala tuju bola sepak kebangsaan khasnya PDRM FA disamping bertukar-tukar buah fikiran mengenai industri bola sepak tanah air.
Berucap dalam majlis itu, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden PDRM FA, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor berharap FAM dapat memberikan sokongan dan perhatian kepada PDRM FA dari segi kewangan, kemudahan sukan serta khidmat sokongan teknikal bagi memajukan lagi mutu bola sepak PDRM FA.
“Saya juga menaruh sepenuh kepercayaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa dan barisan Exco PDRM FA, untuk menggembleng tenaga, mencurah bakti serta menyumbang idea demi memastikan kelangsungan PDRM FA, dalam saingan Liga Malaysia,” ujar beliau.
Turut hadir, Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal, Setiausaha Agung FAM, Tuan Stuart Michael Ramalingam, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Timbalan Presiden PDRM FA, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ahli Jawatankuasa FAM dan para pegawai kanan PDRM.
Sesi penyampaian cenderahati.
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden PDRM FA, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Sekitar Kunjungan Hormat daripada delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden PDRM FA, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden PDRM FA, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.
Sesi penyampaian cenderahati.