
Pertandingan Menembak Peringkat Jsjn Bukit Aman
Putrajaya, 18 Januari 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman hari ini menganjurkan pertandingan menembak di Lapang Sasar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Putrajaya, di sini.
Pertandingan tersebut melibatkan para pegawai kanan, pegawai rendah polis dan ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), JSJN di peringkat Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor.
Pengarah JSJN, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd hadir merasmikan pertandingan tersebut sambil diiringi isterinya merangkap Pengerusi PERKEP JSJN, Datin Radziah Zakaria.
Selain mewujudkan semangat kerja berpasukan, pertandingan tersebut juga bertujuan menilai tahap kecekapan warga JSJN mengendalikan senjata api.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM