
Persidangan Interpol Ke 88 Pertemuan Delegasi Pdrm Dengan Interpol Washington
Delegasi Polis Diraja Malaysia yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor hari ini bertemu delegasi dari Washington, Amerika Syarikat yang diketuai pengarahnya, Mr. Wayne H. Salzgaber di Perhimpunan Agung Polis Antarabangsa (INTERPOL) kali ke-88 yang sedang berlangsung di Santiago, Chile.
Selain bertukar-tukar pandangan berkaitan isu keselamatan global, Mr. Wayne turut berbesar hati menjemput PDRM ke "International Capacity Building Regional Symposium on Border Security" yang akan diadakan kelak.