
Article
Persidangan Aseanapol Ke 41 Sidang Labuhkan Tirai Dengan Azam Perkasa Keselamatan Serantau
Vientiane, 19 Oktober 2023 - Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) kali ke-41 sampai kemuncaknya hari ini dengan menyaksikan kesemua Ketua Polis Negara ASEAN ber...
Vientiane, 19 Oktober 2023 - Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) kali ke-41 sampai kemuncaknya hari ini dengan menyaksikan kesemua Ketua Polis Negara ASEAN berazam untuk memperkasakan keselamatan rantau ASEAN.
Persidangan yang dipengerusikan sejak Selasa lalu oleh Timbalan Menteri di Kementerian Keselamatan Awam merangkap Ketua Polis Republik Demokratik Rakyat Laos, Police Major General Khamking Pouilamanyong telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama rakan dialog sehingga ke hari akhir.
PDRM turut menghantar wakilnya iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Suresh Kumar G. Suppiah, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Mohd Asmadi Yusoff dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Tetap ASEANAPOL, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin.
Berlangsung sama dalam acara kemuncak tadi ialah sesi tandatangan bersama persefahaman di antara Ketua-ketua Polis Negara ASEAN dengan wakil-wakil negara pemerhati dan pakar perunding termasuk organisasi serantau serta antarabangsa.
Persidangan kali ke-41 tahun ini ditutup dengan satu majlis makan malam yang dihoskan sendiri oleh Police Major General Khamking dekat Hotel Landmark, di sini.
Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman dan isteri-isteri Ketua Polis Negara ASEAN.