Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Aseanapol Ke 41 Kpn Terima Kunjungan Hormat Fbi Legal Attache

Diterbitkan: 19 Oct 2023 2.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Viantiane, 19 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat akhir daripada delegasi luar negara di Persidangan Ketua Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-aseanapol-ke-41-kpn-terima-kunjungan-hormat-fbi-legal-attache
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT
Viantiane, 19 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat akhir daripada delegasi luar negara di Persidangan Ketua Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL), di sini.

Beliau yang turut diapit Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy menerima kunjungan daripada Federal Bureau Investigation (FBI) Legal Attache, Mr. Jagdeep Singh Khangura.

Antara isu pokok yang dibincangkan adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara FBI dengan Polis Diraja Malaysia khasnya dalam konteks ASEANAPOL dan keamanan sejagat bersama negara-negara Asia Tenggara.
ArtikelDiterbitkan 19 Oct 2023 2.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM