Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkhidmatan Kaunseling Penting Perkasa Profesionalisme Pdrm Timbalan Kpn

Diterbitkan: 17 Oct 2025 12.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini merasmikan Majlis Penutupan Kolokium Kaunselor Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2025 sempena Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat PDRM yang diadakan di Dewan Teater, Bangunan Akademik, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkhidmatan-kaunseling-penting-perkasa-profesionalisme-pdrm-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:33 MYT

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini merasmikan Majlis Penutupan Kolokium Kaunselor Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2025 sempena Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat PDRM yang diadakan di Dewan Teater, Bangunan Akademik, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Kolokium yang berlangsung selama dua hari sejak semalam telah menghimpunkan seramai 232 pegawai PDRM yang memiliki latar belakang akademik dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Berucap dalam majlis perasmian penutup, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa dalam era kepolisan moden yang berdepan pelbagai cabaran serta ancaman keselamatan, perkhidmatan kaunseling memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya tahan mental, memantapkan integriti dan meningkatkan profesionalisme warga PDRM.

Majlis turut menyaksikan gimik peluncuran Buku Modul Pembangunan Integriti (Pendekatan Psikologi) yang disempurnakan oleh Tan Sri Ayob Khan bersama Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah (Agama Kaunseling), JIPS Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim. Modul terbitan Cawangan Psikologi Kaunseling ini selaras dengan Pelan Anti Rasuah Organisasi PDRM, syor Jawatankuasa Tatakelola dan usaha kerajaan membanteras rasuah sebagai musuh utama negara.

Terdahulu, telah berlangsung forum bertajuk “Darurat Senyap: Menguruskan Kesihatan Mental Sebelum Terlambat” yang menampilkan tiga ahli panel, iaitu Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International), Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, Dr. Nurashikin Ibrahim dan ASP Kaunseling Kerjaya/Keluarga, Bahagian Agama dan Kaunseling/Kaunselor PDRM, ASP Hafizah Raduan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Pengarah Jabatan PDRM dan sebahagian warga kerja PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV


Perkhidmatan Kaunseling Penting Perkasa Profesionalisme Pdrm Timbalan Kpn

Perkhidmatan Kaunseling Penting Perkasa Profesionalisme Pdrm Timbalan Kpn

Perkhidmatan Kaunseling Penting Perkasa Profesionalisme Pdrm Timbalan Kpn

Perkhidmatan Kaunseling Penting Perkasa Profesionalisme Pdrm Timbalan Kpn

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2025 12.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM