Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkep Malaysia Teruskan Lawatan Kebajikan Ke Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda

Diterbitkan: 29 Feb 2024 1.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Muda, 29 Februari 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia meneruskan agenda lawatan kebajikan pada hari ini dengan mengunjungi Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-teruskan-lawatan-kebajikan-ke-pertubuhan-rumah-anak-yatim-daerah-kuala-muda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:13 MYT
Kuala Muda, 29 Februari 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia meneruskan agenda lawatan kebajikan pada hari ini dengan mengunjungi Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, di sini.

Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman ke rumah anak yatim berkenaan telah disambut oleh Pegawai Daerah Tanah Kuala Muda, Tuan Ilias Shuib bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda, Puan Nazwa Rosli.

Dalam lawatan itu, Puan Sri Zainah telah menyampaikan sumbangan kepada 12 orang anak yatim berupa barangan 'back to school' sebagai persediaan mereka untuk menjalani sesi persekolahan pada awal Mac hadapan.

Lawatan itu juga merupakan Program Komuniti MADANI di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi mendokong usaha memartabat ekonomi komuniti.

Hadir sama, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datin Nassariah Mohd Nassir serta Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Wong Ting Lee.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 16 people and text that says 'PRAYDKM SelamatDatang Datan PRAYDKM PERTUBUHAN RUMAH ANAK YATIM DAERAH KUALA MUDA f Pertubuhan Rumah Anak

May be an image of ‎1 person, dais and ‎text that says '‎Program rogram KOMUNITI MAD PERSATUAN KELUARGA (PERKEP) BERSAMA ANAK-ANAK SUNGAI PETANI, KED

May be an image of 5 people and headscarf

ArtikelDiterbitkan 29 Feb 2024 1.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM