Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep Malaysia Anjur Program Bijak Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga

Published: 06 Mar 2024 9.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menerusi Biro Pendidikan telah menganjurkan Program ‘Bijak Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga’ di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-anjur-program-bijak-wanita-pemangkin-kesejahteraan-keluarga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:06 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menerusi Biro Pendidikan telah menganjurkan Program ‘Bijak Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga’ di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini pagi tadi.
Antara pengisian program yang dilaksanakan ialah beberapa sesi ceramah berkenaan pengurusan kewangan dan kesihatan yang disampaikan oleh panel-panel jemputan yang terdiri daripada Ketua Cawangan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Puan Rohana Mohamad, Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Tabung Haji, Encik Mohd Ezham Leman, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Tabung Haji, Encik Norazril Aizat Abdullah Zawawi dan Pengarah Eksekutif MegaKlinik, Dr. Suffian Sani Sayuti. Selain itu, turut diadakan pameran kesihatan dan kewangan bagi memberi pendedahan kepada warga PERKEP yang hadir.

Hadir sama, wakil Pengerusi Perkep Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM merangkap Jawatankuasa Penganjur, Datin Syamson Syuhaila Razali dan pemangku Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datin Zanariah Awang.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

Mungkin imej teks

Mungkin imej 2 orang, tudung kepala, dais dan teks

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 3 orang, kain batik cetak, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang dan dais

Mungkin imej 6 orang, Orang yang belajar, hospital dan teks








ArticlePublished 06 Mar 2024 9.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM