
Artikel
Perkep Malaysia Anjur Program Bijak Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menerusi Biro Pendidikan telah menganjurkan Program ‘Bijak Wanita Pemangkin Kesejahteraan...
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menerusi Biro Pendidikan telah menganjurkan Program ‘Bijak Wanita Pemangkin Kesejahteraan Keluarga’ di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini pagi tadi.
Antara pengisian program yang dilaksanakan ialah beberapa sesi ceramah berkenaan pengurusan kewangan dan kesihatan yang disampaikan oleh panel-panel jemputan yang terdiri daripada Ketua Cawangan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Puan Rohana Mohamad, Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Tabung Haji, Encik Mohd Ezham Leman, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Tabung Haji, Encik Norazril Aizat Abdullah Zawawi dan Pengarah Eksekutif MegaKlinik, Dr. Suffian Sani Sayuti. Selain itu, turut diadakan pameran kesihatan dan kewangan bagi memberi pendedahan kepada warga PERKEP yang hadir.
Hadir sama, wakil Pengerusi Perkep Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM merangkap Jawatankuasa Penganjur, Datin Syamson Syuhaila Razali dan pemangku Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datin Zanariah Awang.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.





