Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep Malaysia Adakan Lawatan Kebajikan Anggota Polis Di Ppum

Published: 01 Mar 2024 6.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan lawatan kebajikan seorang anggota polis wanita dari Cawangan Pengurusan Institusi Latihan, Pengajian Memandu, Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia Bakri, Sarjan Siti Norhalijah Abdul Rashid dekat Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-malaysia-adakan-lawatan-kebajikan-anggota-polis-di-ppum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:15 MYT
Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan lawatan kebajikan seorang anggota polis wanita dari Cawangan Pengurusan Institusi Latihan, Pengajian Memandu, Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia Bakri, Sarjan Siti Norhalijah Abdul Rashid dekat Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di sini pagi tadi.

Lawatan yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Sri Zainah Othman bertujuan memberi sokongan moral kepada Sarjan Siti Norhalijah yang menghidap penyakit barah disamping menunjukkan keprihatinan PERKEP Malaysia ke atas hal-hal kebajikan warga PDRM.

Dalam lawatan itu juga, Puan Sri Zainah turut menyampaikan sumbangan kebajikan dari PERKEP Malaysia dan mendoakan agar Sarjan Siti Norhalijah diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Hadir sama, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datin Nassariah Mohd Nassir merangkap Ketua Biro Kebajikan PERKEP Malaysia, Naib Pengerusi I PERKEP Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Puan Zalma Jusoh serta Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) JIPS Bukit Aman merangkap Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Wong Ting Lee.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

Mungkin imej 1 orang, tudung kepala dan hospital

Mungkin imej 7 orang, tudung kepala, dais dan teks

Mungkin imej 15 orang, hospital dan teks

Mungkin imej 3 orang, tudung kepala, hospital dan teks

Mungkin imej 4 orang, tudung kepala dan teks




ArticlePublished 01 Mar 2024 6.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM